Monday, May 20, 2013

Cinta sebenarnya (Part 1)

Lagu 'Rindu Bayangan' yang berkumandang di corong radio benar-benar mengusik hatiku. Ia seolah-olah membawa aku jauh terkenangkan kisah lama. Kisah yang pernah terjadi kurang lebih 4 tahun yang lepas. Ketika itu, aku masih lagi budak mentah yang belum kenal erti sebuah cinta dari insan yang sebenar-benarnya. 

"Bi dah buat macam-macam dah untuk awak.. Nape kita asyik nak bertengkar je. Tak cukup ke Bi mengalah selama ni, sayang?" Qimie hanya mampu memandang Qira sayu. Dia berharap pandangan itu mampu menyejukkan walaupun sedikit api kemarahan Qira padanya.

"Bi, awak tahu tak ape yang buat saya menyampah dan meluat dengan awak.. Awak tu dayus sangat. Bodoh.!" teriak Qira mula meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. "Awak ikut je apa yang saya nak. Awak tahu tak, kawan-kawan awak pandang saya macam saya ni perempuan sial, yang suka main-mainkan awak.." luah Qira.

" Argh.. persetankan mereka semua. Bi sayang awak, Bi tak mahu kehilangan awak. Siapa mereka nak menilai cara Bi sayangkan awak ni, hmm?" pujuk Qimie lagi. "Sudahlah marah tu.. Bi nak awak, please sayang."

"Saya rasa buat sementara waktu ni, kita jangan berhubung lagi. Tolong hormat permintaan saya ni. Saya minta awak faham saya." mendatar sahaja nada Qira ketika itu. 
 Mungkin inilah cara terbaik untuk dia keluar dari bayangan cinta Qimie yang entah ke mana. 
 
*********

Zara Aqimi... alangkah indahnya nama itu. Namun, dek kerana kekecewaan yang berkali-kali pada insan yang bergelar lelaki, Zara Aqimi nekad untuk berubah menjadi Qimie. Walaupun sejak kecil dia memang berperwatakkan seakan-akan lelaki, namun, baginya, cukup hanya pada luaran. Imej itu bukan bermakna dia ingin menjadi seperti lelaki dan mencintai wanita. Namun, setelah dilanda kekecewaan yang entah ke berapa kalinya, di anekad untuk berubah. 

Qimie bukan tidak pernah cuba memberi ruang buat insan yang bernama lelaki dalam hidupnya. Namun, dirinya mudah merasa bosan dengan kaum adam. Sebaliknya, dia lebih tertarik akan kaum sejenisnya. Bukan salah Qimie jika dia mempunyai perasaan sebegini. Bukan juga salah keluarga dan lelaki yang pernah mengecewakannya.

**********

DISUDUT lain pula, Syaqira, selesa ketika bersama Qimie. Qimie begitu memahami semua kehendak dan keinginannya. Qimie melayan dirinya seolah-olah puteri raja. Apa saja yang diingini pasti Qimie dengan sedaya upaya merealisasikannya. Sikap Qimie itu membuatkan dirinya hanyut dalam cinta sonsang itu. Qira tidak pernah rasa begitu dihargai sepanjang hidupnya. Kehadiran Qimie sedikit sebanyak membuatkan dirinya lupa akan masalah yang menimpa. 

Qira tinggal bersama ibu saudaranya sejak kecil lagi. Ayah dan ibunya hilang entah ke mana. Sejak itu, Qira bagaikan hilang arah tujuan. Sejak mereka mula tinggal bersama-sama, Qira rasakan Qimie mampu menjaga dan menyayanginya lebih dari kasih sayang yang diperolehi dari ibu saudaranya itu. Namun Qira sedar, cinta antara mereka ini tidak mungkin bertahan lama. Cinta yang tidak pernah ada titik noktah dan penghujung. 

Sunday, May 12, 2013

FYP oh FYP 2






Assalamualaikum.. Alhamdulillah... selesai juga pembentangan Projek Tahun Akhir aku ni. Walaupun hanya presentkan proposal je.. Macam2 kekalutan berlaku.. 2 minggu hidup huru hara.. Makan x menentu.. Waktu tidur langsung x mencukupi.. Paling lama hanya 3 jam je.. hm.. Dugaan ketika hari tersebut pon, hanya Allah je yang tahu.. hmm xpelah.. semuanya lancar.. alhamdulillah.. Now, just fokus pada pokok yang membesar.. hehhee.. x sabar tengok mereka besar..

Friday, April 12, 2013

Kecilnya si besar itu..

Assalamualaikum..

Hati ialah organ terbesar di dalam tubuh badan kita.. well klu nak gaduh hati or kulit, yang mane lagi besar... just forget it.. Sebab kisah ini kisah berkenaan hati yang terusik.. Kecil je hati itu rupanya. Aku tahu, aku insan yang sangat-sangat sensitif. So, bila kena marah, kena tinggal, dipulaukan, or apa aja aku akan terasa.. Sangat-sangat mudah terasa dan terluka..

Hati ini sudah acapkali dilukai. Mungkin belum sampai masanya aku bisa menikmati kenikmatan dan kebahagiaan pada organ ini. Hati ini mudah menangis bila melihat haiwan dizalimi, bila melihat senyum hambar seorang wanita... bila melihat duka dalam mata anak kecil yang kelaparan.. bila melihat kekurangan pada insan sekeliling... Yup.. sangat mudah menitiskan air mata...

So, bila kena marah petang tadi, aku rasa down sangat-sangat.. hmm and its my 1st day of teeeeet.. so.. memang la tersangat tension.. hmm Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..

Thursday, April 11, 2013

Kenangan biar tinggal kenangan

Assalamualaikum..

Kenangan biarkan tinggal kenangan.
kenangan bisa mendewasakan..
Simpan saja ia rapat-rapat dalam kotak hati...
Mana mungkin kenangan berubah menjadi realiti..
Tatkala hati begitu sakit dan pedih..
Tatkala minda meronta minta dikosongkan bebanannya..
Tatkala hati yang terluka kembali sembuh..
kau tambahkan luka itu..
Kau biarkan ia terus berdarah dan bernanah..
Allahurabbi..
Aku diuji dengan kenangan ini..
Aku diuji dengan kekecewaan ini..

Sunday, April 7, 2013

Cerpen

Assalamualaikum... buat teman..

Nak tanya.. wajar tak kalau aku mula menulis? hmm bukan apa.. dah lama sangat rasanya tak menulis kembali cerpen dan mengarang sajak.. ahahah zaman jiwang dah lama berlalu... hmm tapi, bila fikir balik, rasanya elok aku kembali melontarkan idea-idea ini agar dapat menjadi tatapan umum.. ahahahaha

So, rasanya aku nak buat cerpen berkaitan cinta la.. hmm tapi bukan cinta biasa... CINTA TERLARANG gitu ahahaha.. lantakla.. ni adalah idea aku ,kan... ahaha... so, nantikan ye :-)

Kenangan menggamit memori

Assalamualaikum buat teman semua...

Mood aku petang ni agak syahdu sedikit.. Tiba-tiba je, terlintas kenangan bersama insan-insan ini.. hmm.. Serius aku rindukan mereka.. walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri, dah lama tidak berjumpa, bahkan ada di antara mereka ini hanya tinggal sejarah je dalam hidup aku.. Tetapi.. aku masih rindu.. lumrah manusia.. ahahaha
 
 Ni gambar bersama my sis.. NORHIDAYAH Bt DAUD..




 Ni pulak gambar aku bersama Celupz.. well, walau kat mana pon kau sekarang, GUD LUCK.. 


Kenangan malam 'dinner' bersama classmate dan pensyarah tercinta..


FYP oh FYP

Assalamualaiku... teman...
 
Korang kenal ke tak gambar apa yang aku post ni? Haha.. inilah buah roselle atau nama saintifik die Hibiscus sabdariffa L. dari famili Malvaceae. Untuk projek tahun akhir ni, inilah yang akan aku lakukan.. Menanam roselle menggunakan kultur tanpa tanah di bawah struktur lindungan hujan. acece... 
 
Tapi treatment sebenar yang aku lakukan adalah dengan menggunakan campuran media yang berbeza mengikut nisbah tertentu, untu melihat perubahan dari segi fisiologi dan pertumbuhan pokok roselle, melalui ukuran ketinggian pokok, lebar, luas, dan bilangan daun, serta jumlah buah yang dihasilkan.. opsss... tertinggal, berapa banyak dahan yang terhasil ahahaha.. Serius memang banyak kerja. Tapi itulah hakikatnya.
 
Masa mula-mula nak pilih tajuk FYP ni, memang ada perancangan nak run dalam glasshouse je. Almaklumlah.. kita harus sedar akan kekurangan diri.. Aku ni memang lah boleh berjemur di bawah panas, wat kerja-kerja berat... tetapi.. keadaan kesihatan memang takkan mengizinkan aku berbuat demikian. So, pilihan terakhir......run dalam control environment system (CES) ni. ahaha.. But then, bila dapat tahu siapa SV... lemah lutut, mimpi ngeri tiap-tiap malam..sebab aku sendiri pernah ada pengalaman buruk dengan SV ni.. dahlah x pernah score masa class dia.. and aku pon memang tak teror langsung dalam bab-bab fisiologi ni.. hahaha... nasib badan..
 
Tapi, aku kuatkan hati, dan cuba nak cabar diri ini. Yupp.. pantang dicabar.. dan takkanlah semata-mata pengalaman buruk tu, aku nak tarik diri cam tu je kan.. hehe.. apa salahnya.. lagipon aku juga yang suatu ketika dahulu suka tengok SV aku ni.. sebab muka dia ada iras dengan someone yang aku kenal ahahaha. biasalah banyak sangat pelandok dua tiga serupa dalam dunia. ahaha..
 
Syukur sangat-sangat.. Sv aku ni tak pula paksa aku ambil Fisiologi Lanjutan... huhu pergh lega sangat sebab klu yang basic pon dah tercungap-cungap tak cukup udara, apatah lagi yang lanjutan,kan.. ahaha..  tapi aku wajib la ambil class dengan dia.. Soilless culture.. hmmm memang selalu kena aim la dalam class.. ish ish..
 
FYP oh FYP.. tajuk dah gempak... buat proposal pon dah gempak... mengemas CES tu, lagi lah gempak..habis bersepah barang-barang lama kat situ.. ceit.. tak pasal-pasal aku pulak yang kena kemas dan angkut berguni-guni peatmoss yang tak digunakan, susun batu bata, gulung paip yang dah dipakai.. ish ish.. lain kali dah guna or tak jadi projek tu, silalah kemas ye awak... jangan nak menyusahkan orang lain.
 
Ish nak buat design dan layout untuk tanam pon kepala dah pusing-pusing. Siap BP naik tu. ahahaa.. nampak sangat aku stress dengan FYP ni.. takpelah.. bersabarlah wahai hati yang lemah... acece....
 
 
Sekian... 

Mood pagi-pagi


 Assalamualaikum.. buat teman dan pembaca sekalian..

Mood pagi-pagi lagi dah rindukan budak gomok ni.. ahaha.. ni pic masa die baby.. Tengok. bertapa tembam dan gomoknyer die masa tu.. Serius.. aku sayang sangat kat dia ni. walaupun kecik-kecik lagi dah menunjukkan tahap 'kepuakaan' suaranya. ahahaha Nur Syafiqah Humairah :-)










Tengok, kecik-kecik dah pandai buat muka cam gangster..  manalah aku tak sayang.. Apa je aku ajar cepat je dia ikut.. haha. memang buruk perangai cam aku laa ni.. So, x boleh nak salahkan mak bapak die la kan... sebab Humairah ni membesar bersama aku.. melebihi masa terluang bersama mak bapak die. hehehe.. so wajarlah akan ikut perangai buruk aku ni. :-)

Kejap je dah besau dah budak ni.. Ish ish.. so maknanya, aku yang dah semakin meningkat usia.. hmm gasaklah.. Pedulikan ape orang nak kata, yang penting aku happy dengan life aku sekarang ni. If xde anak pon, aku ada dua orang anak buah yang sangat menyakitkan hati... Anyah Love korang berdua.. hehehe 

 






Lawatan menimba ilmu ke United Malaysian Orchid

Assalamualaikum.. buat teman dan pembaca sekalian.

 6 April 2013, aku diberi peluang menimba ilmu di lawatan ke United Malaysian Orchid, di Rawang. Selepas melepasi JJ Aeon Rawang, dah mula rasa tak senang duduk kerana dapat melihat ribuan orkid menanti di sebelah kananku.. Rasa sungguh teruja saat itu tatkala bas mula berhenti. Dr Salih Kadzimin memberikan sedikit penerangan tentang apa yang bakal berlangsung. Masing-masing ku lihat seolah-olah seperti tidak sabar melihat kuntuman bunga orkid yang berwarna warni...begitu mengasyikkan.. Aku bersama dua orang teman sekumpulan, Maryam dan Along mula mencari spesies atau hibrid yang boleh dijadikan mangsa lensa sang kamera yang rakus. hehehe.. Nampak gayanya aku hanya mampu menjadi pemegang kad hitam sahaja memandangkan aku tidak begitu arif mengambil posisi dan gambar yang baik. Puas menjelajah kawasan ladang.. walaupun tidak kesemuanya.. Serius.. mata menjadi rambang.. jika ada penggemar orkid tegar, pastinya tangan penuh membimbit dawai-dawai pokok untuk dibeli. Sesungguhnya aku terpaksa menahan keinginan untuk membeli belah kerana duit saku sudah habis digunakan untuk modal berniaga. ish ish ish.. jangan tidak pulang modal, sudah.. huhu.. Dari Vanda, Oncidium, Phaleonopsis, Mokara, Cattleya dan Dendrobium semuanya mengamit pandangan mataku.. Terasa begitu agungnya kebesaran Allah tatkala melihat pelbagai corak dan warna bunga yang terhasil. Spesies biasanya tidak menarik tetapi ada yang mengeluarkan bau yang wangi.. Nak ambil hibrid pula...kebanyakkan hibrid masih belum di daftarkan.. So, akan menyulitkan kami jika ingin mencari maklumat berkenaannya kelak. Sesungguhnya proses mendaftarkan hibrid yang dihasilkan merupakan proses yang rumit dan memerlukan usaha, kesabaran serta kesungguhan yang amat tinggi.. Hai... bilalah akan ada hibrid orkid dari namaku.. haha impian tinggal impian.. Impian yang hanya akan terlaksana jika ada kesungguhan, kesabaran dan usaha yang tinggi dariku.. InsyaAllah.. Cinta pada orkid sudah semakin berputik.. insyaAllah akan ku semai rasa cinta itu bagi menghiasi hidup ini dan menjalankan kewajipan di bumi Allah.. 

Sekian..

Saturday, April 6, 2013

Hati milik seorang wanita

Assalamualaikum.. buat teman dan rakan pembaca sekalian..

Hati, milik seorang wanita..

Kenapa ya, wanita ni pelik sket.. sanggup buat apa sahaja jika dia mula menyayangi dan mula menyintai.. Wanita itu bisa melakukan apa sahaja walaupun pada hakikatnya cinta dan sayang yang diberi belum tentu dihargai sebagaimana dia memberikan cinta dan sayang itu pada insan yang disayangi.

Okay, jom fikir.. fitrah dan lumrah hati milik seorang wanita..
  • Hatinya begitu lembut dan senang terusik
          Hati milik wanita ini, walaupun keras, namun jika terendam bisa jadi lembut..   Mereka mudah terusik dan terasa hati jika ada sesuatu yang terjadi, yang bisa melukakan.. So, acapkali kita lihat wanita akan bermuncung dan bermasam muka, dan menunjukkan rasa protes walaupun dalam diam, pada pasangan.
  • Mereka sukar untuk jatuh cinta, namun jika mula menyayangi, mereka tidak mahu kehilangan 
           Ada diantara wanita sukar untuk jatuh cinta dan menaruh kepercayaan pada insan yang bergelar lelaki.. Ini disebabkan pelbagai faktor dan kekangan.. well itu akan dibincangkan kemudian.. But once mereka dah jatuh cinta, 100% mereka akan menjaga cinta itu sebaik mungkin. Kat sini yang selalu wat hal lelaki, ok. ahaha
  • Mereka pantang dimadukan dan diduakan 
          Tidak ada wanita di dalam dunia ini yang ingin dimadukan.  Kadangkala, mereka akan mengatakan tidak mengapa.. Dapat payung emas dan sebagainya.. Namun, ketahuilah wahai kaum Adam, mereka tidak ikhlas sewaktu berkata-kata. Tidak ada satu wanita pun  di dunia ini yang mampu dan ingin dimadukan. Hati mereka sakit sekali jika dimadu.. 
  • Mereka gemar mempamerkan kasih sayang
          Lumrah, wanita suka mempamerkan rasa sayang terhadap insan yang disayangi.. Tapi, kadangkala lelaki ni mudah rasa bosan kerana menganggap wanita itu bersifat terlalu mengongkong.. hmm
  • Mereka akan mempertahankan cinta selagi terdaya
          Untuk ini, yupp.. para wanita di luar sana akan mempertahankan rasa cinta itu selagi mereka terdaya dan selagi mereka rasa diperlukan dan dihargai.. 

Well, aku tidaklah arif sangat tentang soal hati wanita.. walaupun aku wanita..namun, aku memahami kehendak seorang wanita, yang ingin disayangi dan ingin dihargai oleh insan yang bergelar lelaki.

sekian...
 





1st -

Assalamualaikum..  buat teman, pembaca sekalian

Ini merupakan entry aku yang pertama dalam "Kembara dunia fana" ini.. Jika sebelum ini, kalian boleh membaca karya 'jiwang karat' aku di ayidkembara.blogspot.com.. tapi rasanya cukuplah jika blog itu aku kekalkan untuk luahan rasa pada makhluk bernama manusia semata-mata. Walhal, blog "Kembara dunia fana" ini, kurang lebih akan bersifat umum dan lebih terbuka, insyaAllah.

Gambar kura-kura di atas amat ku gemari kerna ia mengingatkan aku pada kura-kura ku yang berada di rumah.. IMY ahaha.. so, sesiapa yang tidak suka melihat gambar itu, kalian boley ignore je, ok. 

Aku simple person, but sometimes kelihatan complicated dan huru hara.. Suka membantu rakan-rakan yang memerlukan dan sudah agak biasa ditinggalkan jika masalah mereka sudah selesai.. Well, itulah lumrah dunia.. and dah banyak asam garam hidup yang aku lalui, sepanjang 27 tahun hidup sebagai hamba di Bumi Allah ini.. alhamdulillah..

Selama ini, aku sangka, program yang aku ambil dalam English nya - Bachelor of Science Agriculture.. hahaha.. semalam, Dr Salih Kadzimin, one of my lecture, memperbetulkan... Bachelor of Agriculture Science. Dah final year dah.. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu, walaupun pada dasarnya, agak lama... terasa macam baru je habis tinggalkan Kolej Risda,... cam baru je habiskan STPM kat Munshi Abdullah... Rasa cam baru je ambil SPM.. ish ish.. kejap je, dah 10 tahun masa tu berlalu..

Now im 27, so, aku bolehlah bertemu dengan teacher Sarmiyah Sarip (Sahri AF's sister) dan beritahu dia, " im still single and i still not interested to get married" ahahah but, aku bukanlah seorang jutawan yang punya banglo besar seperti 1st karangan aku tu.. namun, aku still berbangga kerana aku masih ingat dan simpan karangan itu.. (kalau orang lain, itu aku tidak tahu)

Dah 3 tahun di UPM ni, aku masih belum explore semua tempat di sini.. InsyaAllah, semoga aku cukup masa untuk terus meng'explore' UPM ni.. dan tidak hanya bertumpu di Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Ladang-ladang dan hanya Fakulti Agrobio semata-mata..

Pada teman-teman seperjuangan, teruskanlah perjuangan anda semua dalam menuntut ilmu, demi membangunkan sektor pertanian di negara kita.. Semoga kalian mampu merubah persepsi masyarakat yang memandang enteng pada student pertanian.. hehehe.. 

Sekian..