Tuesday, March 11, 2014

Alhamdulillah... selesai sudah semuanya

Bismillah.. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Syukur Alhamdulillah atas kurniaNya... Selesai sudah semuanya.. Thesis aku pon dah siap di jilidkan. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan dorongan sahabat-sahabat yang memahami, akhirnya, penat lelah yang selama ini diberikan menampakkan hasil. Projek tahun akhirkku telah sempurna ditulis dan dituai 'Gred'nya. Alhamdulillah syukur ya Allah.

So, sekarang ini pun bila dah mula menyibukkan diri dalam dunia bekerja, jadi orang berkerjaya ni, hmm rindu pula nak rasa dan nak kembali ke kehidupan lama... sebagai seorang mahasiswa.. pelajar la senang cite.. hmm rindu sangat hari-hari itu. Hmmm.. Hidup sebagai seorang pelajar, tak banyak nak fikirkan masalah. huhuhhu sentiasa happy je.. tapi adalah, stress tu akan timbul masa nak present proposal, exam, atau masa nak mula menulis thesis tu.. huhuhu.. tapi tu sume standard la lumrah hidup seorang pelajar.

Hmm.. Selesai sudah kajian yang ku lakukan ke atas kesan penanaman roselle tanpa penggunaan media tanah. Hmm... tapi, camna ye nak cakap... hasil pokok tu memang la nampak ketara. tapi, apepun harus difikirkan tentang situasi yang berlaku sepanjang 12 minggu penanaman aku tu. huhuh..

Perit jerih sepanjang projek tu hanya Allah yang tahu. Macam-macam perkara terjadi kat aku.. Tapi nak wat camna... dah dugaan... redha je la.. huhu ni  masa nak tulis entry ni, teringat plak yang aku pernah berjanji nak hantar thesis tu kat Jabatan Pertanian untuk rujukan mereka.. hmm.. Alhamdulillah, pegawai yang bertugas dah dapat dihubungi, so skang ni nak pakat kumpul kengkawan punya plak.. Manusia berpegang pada janji, kan.. huhuu...

Kerja, kerja dan kerja.... aku skang ni focus pada kerja je skang.. tentang cinta??? ahh biarkan saja.. cinta itu akan hadir dengan sendirinya kelak, insyaAllah..

Monday, May 20, 2013

Cinta sebenarnya (Part 1)

Lagu 'Rindu Bayangan' yang berkumandang di corong radio benar-benar mengusik hatiku. Ia seolah-olah membawa aku jauh terkenangkan kisah lama. Kisah yang pernah terjadi kurang lebih 4 tahun yang lepas. Ketika itu, aku masih lagi budak mentah yang belum kenal erti sebuah cinta dari insan yang sebenar-benarnya. 

"Bi dah buat macam-macam dah untuk awak.. Nape kita asyik nak bertengkar je. Tak cukup ke Bi mengalah selama ni, sayang?" Qimie hanya mampu memandang Qira sayu. Dia berharap pandangan itu mampu menyejukkan walaupun sedikit api kemarahan Qira padanya.

"Bi, awak tahu tak ape yang buat saya menyampah dan meluat dengan awak.. Awak tu dayus sangat. Bodoh.!" teriak Qira mula meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. "Awak ikut je apa yang saya nak. Awak tahu tak, kawan-kawan awak pandang saya macam saya ni perempuan sial, yang suka main-mainkan awak.." luah Qira.

" Argh.. persetankan mereka semua. Bi sayang awak, Bi tak mahu kehilangan awak. Siapa mereka nak menilai cara Bi sayangkan awak ni, hmm?" pujuk Qimie lagi. "Sudahlah marah tu.. Bi nak awak, please sayang."

"Saya rasa buat sementara waktu ni, kita jangan berhubung lagi. Tolong hormat permintaan saya ni. Saya minta awak faham saya." mendatar sahaja nada Qira ketika itu. 
 Mungkin inilah cara terbaik untuk dia keluar dari bayangan cinta Qimie yang entah ke mana. 
 
*********

Zara Aqimi... alangkah indahnya nama itu. Namun, dek kerana kekecewaan yang berkali-kali pada insan yang bergelar lelaki, Zara Aqimi nekad untuk berubah menjadi Qimie. Walaupun sejak kecil dia memang berperwatakkan seakan-akan lelaki, namun, baginya, cukup hanya pada luaran. Imej itu bukan bermakna dia ingin menjadi seperti lelaki dan mencintai wanita. Namun, setelah dilanda kekecewaan yang entah ke berapa kalinya, di anekad untuk berubah. 

Qimie bukan tidak pernah cuba memberi ruang buat insan yang bernama lelaki dalam hidupnya. Namun, dirinya mudah merasa bosan dengan kaum adam. Sebaliknya, dia lebih tertarik akan kaum sejenisnya. Bukan salah Qimie jika dia mempunyai perasaan sebegini. Bukan juga salah keluarga dan lelaki yang pernah mengecewakannya.

**********

DISUDUT lain pula, Syaqira, selesa ketika bersama Qimie. Qimie begitu memahami semua kehendak dan keinginannya. Qimie melayan dirinya seolah-olah puteri raja. Apa saja yang diingini pasti Qimie dengan sedaya upaya merealisasikannya. Sikap Qimie itu membuatkan dirinya hanyut dalam cinta sonsang itu. Qira tidak pernah rasa begitu dihargai sepanjang hidupnya. Kehadiran Qimie sedikit sebanyak membuatkan dirinya lupa akan masalah yang menimpa. 

Qira tinggal bersama ibu saudaranya sejak kecil lagi. Ayah dan ibunya hilang entah ke mana. Sejak itu, Qira bagaikan hilang arah tujuan. Sejak mereka mula tinggal bersama-sama, Qira rasakan Qimie mampu menjaga dan menyayanginya lebih dari kasih sayang yang diperolehi dari ibu saudaranya itu. Namun Qira sedar, cinta antara mereka ini tidak mungkin bertahan lama. Cinta yang tidak pernah ada titik noktah dan penghujung. 

Sunday, May 12, 2013

FYP oh FYP 2






Assalamualaikum.. Alhamdulillah... selesai juga pembentangan Projek Tahun Akhir aku ni. Walaupun hanya presentkan proposal je.. Macam2 kekalutan berlaku.. 2 minggu hidup huru hara.. Makan x menentu.. Waktu tidur langsung x mencukupi.. Paling lama hanya 3 jam je.. hm.. Dugaan ketika hari tersebut pon, hanya Allah je yang tahu.. hmm xpelah.. semuanya lancar.. alhamdulillah.. Now, just fokus pada pokok yang membesar.. hehhee.. x sabar tengok mereka besar..

Friday, April 12, 2013

Kecilnya si besar itu..

Assalamualaikum..

Hati ialah organ terbesar di dalam tubuh badan kita.. well klu nak gaduh hati or kulit, yang mane lagi besar... just forget it.. Sebab kisah ini kisah berkenaan hati yang terusik.. Kecil je hati itu rupanya. Aku tahu, aku insan yang sangat-sangat sensitif. So, bila kena marah, kena tinggal, dipulaukan, or apa aja aku akan terasa.. Sangat-sangat mudah terasa dan terluka..

Hati ini sudah acapkali dilukai. Mungkin belum sampai masanya aku bisa menikmati kenikmatan dan kebahagiaan pada organ ini. Hati ini mudah menangis bila melihat haiwan dizalimi, bila melihat senyum hambar seorang wanita... bila melihat duka dalam mata anak kecil yang kelaparan.. bila melihat kekurangan pada insan sekeliling... Yup.. sangat mudah menitiskan air mata...

So, bila kena marah petang tadi, aku rasa down sangat-sangat.. hmm and its my 1st day of teeeeet.. so.. memang la tersangat tension.. hmm Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..

Thursday, April 11, 2013

Kenangan biar tinggal kenangan

Assalamualaikum..

Kenangan biarkan tinggal kenangan.
kenangan bisa mendewasakan..
Simpan saja ia rapat-rapat dalam kotak hati...
Mana mungkin kenangan berubah menjadi realiti..
Tatkala hati begitu sakit dan pedih..
Tatkala minda meronta minta dikosongkan bebanannya..
Tatkala hati yang terluka kembali sembuh..
kau tambahkan luka itu..
Kau biarkan ia terus berdarah dan bernanah..
Allahurabbi..
Aku diuji dengan kenangan ini..
Aku diuji dengan kekecewaan ini..

Sunday, April 7, 2013

Cerpen

Assalamualaikum... buat teman..

Nak tanya.. wajar tak kalau aku mula menulis? hmm bukan apa.. dah lama sangat rasanya tak menulis kembali cerpen dan mengarang sajak.. ahahah zaman jiwang dah lama berlalu... hmm tapi, bila fikir balik, rasanya elok aku kembali melontarkan idea-idea ini agar dapat menjadi tatapan umum.. ahahahaha

So, rasanya aku nak buat cerpen berkaitan cinta la.. hmm tapi bukan cinta biasa... CINTA TERLARANG gitu ahahaha.. lantakla.. ni adalah idea aku ,kan... ahaha... so, nantikan ye :-)

Kenangan menggamit memori

Assalamualaikum buat teman semua...

Mood aku petang ni agak syahdu sedikit.. Tiba-tiba je, terlintas kenangan bersama insan-insan ini.. hmm.. Serius aku rindukan mereka.. walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri, dah lama tidak berjumpa, bahkan ada di antara mereka ini hanya tinggal sejarah je dalam hidup aku.. Tetapi.. aku masih rindu.. lumrah manusia.. ahahaha
 
 Ni gambar bersama my sis.. NORHIDAYAH Bt DAUD..




 Ni pulak gambar aku bersama Celupz.. well, walau kat mana pon kau sekarang, GUD LUCK.. 


Kenangan malam 'dinner' bersama classmate dan pensyarah tercinta..