Monday, May 20, 2013

Cinta sebenarnya (Part 1)

Lagu 'Rindu Bayangan' yang berkumandang di corong radio benar-benar mengusik hatiku. Ia seolah-olah membawa aku jauh terkenangkan kisah lama. Kisah yang pernah terjadi kurang lebih 4 tahun yang lepas. Ketika itu, aku masih lagi budak mentah yang belum kenal erti sebuah cinta dari insan yang sebenar-benarnya. 

"Bi dah buat macam-macam dah untuk awak.. Nape kita asyik nak bertengkar je. Tak cukup ke Bi mengalah selama ni, sayang?" Qimie hanya mampu memandang Qira sayu. Dia berharap pandangan itu mampu menyejukkan walaupun sedikit api kemarahan Qira padanya.

"Bi, awak tahu tak ape yang buat saya menyampah dan meluat dengan awak.. Awak tu dayus sangat. Bodoh.!" teriak Qira mula meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. "Awak ikut je apa yang saya nak. Awak tahu tak, kawan-kawan awak pandang saya macam saya ni perempuan sial, yang suka main-mainkan awak.." luah Qira.

" Argh.. persetankan mereka semua. Bi sayang awak, Bi tak mahu kehilangan awak. Siapa mereka nak menilai cara Bi sayangkan awak ni, hmm?" pujuk Qimie lagi. "Sudahlah marah tu.. Bi nak awak, please sayang."

"Saya rasa buat sementara waktu ni, kita jangan berhubung lagi. Tolong hormat permintaan saya ni. Saya minta awak faham saya." mendatar sahaja nada Qira ketika itu. 
 Mungkin inilah cara terbaik untuk dia keluar dari bayangan cinta Qimie yang entah ke mana. 
 
*********

Zara Aqimi... alangkah indahnya nama itu. Namun, dek kerana kekecewaan yang berkali-kali pada insan yang bergelar lelaki, Zara Aqimi nekad untuk berubah menjadi Qimie. Walaupun sejak kecil dia memang berperwatakkan seakan-akan lelaki, namun, baginya, cukup hanya pada luaran. Imej itu bukan bermakna dia ingin menjadi seperti lelaki dan mencintai wanita. Namun, setelah dilanda kekecewaan yang entah ke berapa kalinya, di anekad untuk berubah. 

Qimie bukan tidak pernah cuba memberi ruang buat insan yang bernama lelaki dalam hidupnya. Namun, dirinya mudah merasa bosan dengan kaum adam. Sebaliknya, dia lebih tertarik akan kaum sejenisnya. Bukan salah Qimie jika dia mempunyai perasaan sebegini. Bukan juga salah keluarga dan lelaki yang pernah mengecewakannya.

**********

DISUDUT lain pula, Syaqira, selesa ketika bersama Qimie. Qimie begitu memahami semua kehendak dan keinginannya. Qimie melayan dirinya seolah-olah puteri raja. Apa saja yang diingini pasti Qimie dengan sedaya upaya merealisasikannya. Sikap Qimie itu membuatkan dirinya hanyut dalam cinta sonsang itu. Qira tidak pernah rasa begitu dihargai sepanjang hidupnya. Kehadiran Qimie sedikit sebanyak membuatkan dirinya lupa akan masalah yang menimpa. 

Qira tinggal bersama ibu saudaranya sejak kecil lagi. Ayah dan ibunya hilang entah ke mana. Sejak itu, Qira bagaikan hilang arah tujuan. Sejak mereka mula tinggal bersama-sama, Qira rasakan Qimie mampu menjaga dan menyayanginya lebih dari kasih sayang yang diperolehi dari ibu saudaranya itu. Namun Qira sedar, cinta antara mereka ini tidak mungkin bertahan lama. Cinta yang tidak pernah ada titik noktah dan penghujung. 

Sunday, May 12, 2013

FYP oh FYP 2






Assalamualaikum.. Alhamdulillah... selesai juga pembentangan Projek Tahun Akhir aku ni. Walaupun hanya presentkan proposal je.. Macam2 kekalutan berlaku.. 2 minggu hidup huru hara.. Makan x menentu.. Waktu tidur langsung x mencukupi.. Paling lama hanya 3 jam je.. hm.. Dugaan ketika hari tersebut pon, hanya Allah je yang tahu.. hmm xpelah.. semuanya lancar.. alhamdulillah.. Now, just fokus pada pokok yang membesar.. hehhee.. x sabar tengok mereka besar..