Sunday, April 7, 2013

Lawatan menimba ilmu ke United Malaysian Orchid

Assalamualaikum.. buat teman dan pembaca sekalian.

 6 April 2013, aku diberi peluang menimba ilmu di lawatan ke United Malaysian Orchid, di Rawang. Selepas melepasi JJ Aeon Rawang, dah mula rasa tak senang duduk kerana dapat melihat ribuan orkid menanti di sebelah kananku.. Rasa sungguh teruja saat itu tatkala bas mula berhenti. Dr Salih Kadzimin memberikan sedikit penerangan tentang apa yang bakal berlangsung. Masing-masing ku lihat seolah-olah seperti tidak sabar melihat kuntuman bunga orkid yang berwarna warni...begitu mengasyikkan.. Aku bersama dua orang teman sekumpulan, Maryam dan Along mula mencari spesies atau hibrid yang boleh dijadikan mangsa lensa sang kamera yang rakus. hehehe.. Nampak gayanya aku hanya mampu menjadi pemegang kad hitam sahaja memandangkan aku tidak begitu arif mengambil posisi dan gambar yang baik. Puas menjelajah kawasan ladang.. walaupun tidak kesemuanya.. Serius.. mata menjadi rambang.. jika ada penggemar orkid tegar, pastinya tangan penuh membimbit dawai-dawai pokok untuk dibeli. Sesungguhnya aku terpaksa menahan keinginan untuk membeli belah kerana duit saku sudah habis digunakan untuk modal berniaga. ish ish ish.. jangan tidak pulang modal, sudah.. huhu.. Dari Vanda, Oncidium, Phaleonopsis, Mokara, Cattleya dan Dendrobium semuanya mengamit pandangan mataku.. Terasa begitu agungnya kebesaran Allah tatkala melihat pelbagai corak dan warna bunga yang terhasil. Spesies biasanya tidak menarik tetapi ada yang mengeluarkan bau yang wangi.. Nak ambil hibrid pula...kebanyakkan hibrid masih belum di daftarkan.. So, akan menyulitkan kami jika ingin mencari maklumat berkenaannya kelak. Sesungguhnya proses mendaftarkan hibrid yang dihasilkan merupakan proses yang rumit dan memerlukan usaha, kesabaran serta kesungguhan yang amat tinggi.. Hai... bilalah akan ada hibrid orkid dari namaku.. haha impian tinggal impian.. Impian yang hanya akan terlaksana jika ada kesungguhan, kesabaran dan usaha yang tinggi dariku.. InsyaAllah.. Cinta pada orkid sudah semakin berputik.. insyaAllah akan ku semai rasa cinta itu bagi menghiasi hidup ini dan menjalankan kewajipan di bumi Allah.. 

Sekian..

No comments:

Post a Comment