Assalamualaikum.. buat teman dan rakan pembaca sekalian..
Hati, milik seorang wanita..
Kenapa ya, wanita ni pelik sket.. sanggup buat apa sahaja jika dia mula menyayangi dan mula menyintai.. Wanita itu bisa melakukan apa sahaja walaupun pada hakikatnya cinta dan sayang yang diberi belum tentu dihargai sebagaimana dia memberikan cinta dan sayang itu pada insan yang disayangi.
Okay, jom fikir.. fitrah dan lumrah hati milik seorang wanita..
- Hatinya begitu lembut dan senang terusik
Hati milik wanita ini, walaupun keras, namun jika terendam bisa jadi lembut.. Mereka mudah terusik dan terasa hati jika ada sesuatu yang terjadi, yang bisa melukakan.. So, acapkali kita lihat wanita akan bermuncung dan bermasam muka, dan menunjukkan rasa protes walaupun dalam diam, pada pasangan.
- Mereka sukar untuk jatuh cinta, namun jika mula menyayangi, mereka tidak mahu kehilangan
Ada diantara wanita sukar untuk jatuh cinta dan menaruh kepercayaan pada insan yang bergelar lelaki.. Ini disebabkan pelbagai faktor dan kekangan.. well itu akan dibincangkan kemudian.. But once mereka dah jatuh cinta, 100% mereka akan menjaga cinta itu sebaik mungkin. Kat sini yang selalu wat hal lelaki, ok. ahaha
- Mereka pantang dimadukan dan diduakan
Tidak ada wanita di dalam dunia ini yang ingin dimadukan. Kadangkala, mereka akan mengatakan tidak mengapa.. Dapat payung emas dan sebagainya.. Namun, ketahuilah wahai kaum Adam, mereka tidak ikhlas sewaktu berkata-kata. Tidak ada satu wanita pun di dunia ini yang mampu dan ingin dimadukan. Hati mereka sakit sekali jika dimadu..
- Mereka gemar mempamerkan kasih sayang
Lumrah, wanita suka mempamerkan rasa sayang terhadap insan yang disayangi.. Tapi, kadangkala lelaki ni mudah rasa bosan kerana menganggap wanita itu bersifat terlalu mengongkong.. hmm
- Mereka akan mempertahankan cinta selagi terdaya
Untuk ini, yupp.. para wanita di luar sana akan mempertahankan rasa cinta itu selagi mereka terdaya dan selagi mereka rasa diperlukan dan dihargai..
Well, aku tidaklah arif sangat tentang soal hati wanita.. walaupun aku wanita..namun, aku memahami kehendak seorang wanita, yang ingin disayangi dan ingin dihargai oleh insan yang bergelar lelaki.
sekian...
No comments:
Post a Comment